Wednesday, March 18, 2009

KAYUHAN BENDANG MAN

TARIKH : 14 & 15 MAC 2009

LOKASI : BENDANG MAN, SIK, KEDAH DA

PESERTA : Pak Long, Pie, Lan, Rizal, Abg Khairi dan Kajai
( Bersama keluarga masing2 )


Setelah masing2 seronok dengan program bersama keluarga di Ulu Legong Hot Spring yang telah diatur pada cuti Tahun Baru Cina yang lepas, ada yang meminta di buat lagi program untuk cuti persekolahan ini di Bendang Man pulak. Jadi aku telah menghubungi pihak pengurusan Keda Resort Bendang Man dan menempah 11 buah chalet sejak sebulan setengah yang lalu. Akhirnya apabila tarikh tempahan tiba, hanya 6 keluarga sahaja yang boleh pi.... Yang lain ada masalah yang tidak dapat dielakkan.

Keda Resort, Bendang Man, Sik Kedah memang tempat yang sesuai untuk percutian keluarga. Chaletnya yang luas dan bersih dilengkapi dengan kemudahan air cond dan astro. Sungai hanya di depan bilik sahaja dan sesuai anak2 dan ibu2 mandi dan bermain air dengan selamat. Untuk bapak2 pulak... Ada tempat yang lebih best. Lebih kurang 600 meter dari chalet, Lata Mengkuang adalah satu kawasan air terjun yang sememangnya amat menarik...



Sungai hanya di depan chalet sahaja dan selamat

Kawasan yang bersih dan menarik

Tengah hari sabtu makan kenduri di Gulau dan malam pulak makan kenduri lagi di rumah orang tua Pak Long tak jauh dari Pekan Sik

Lepas makan balik ke chalet untuk program seterusnya... Apa lagi karaoke laa...



Masing2 " mensumbangkan " lagu dengan penuh perasaan.... Bendang Man ni kita punya... Melalak sampai pukul 4 pagi...

Oleh kerana melalak sampai pukul 4 pagi, dekat pukul 9 pagi baru nak kayuh... Tu pun DJ kena kejutkan...



Kayuhan pagi ni dari Bendang Man ke Gulau

Simpang dekat Tanjung Pari

Pie tak berapa power pagi ni kerana tak sempat minum kopi kaw lagi...





Singgah sat minum kopi dulu kat Kpg Tanjung Pari

Rizal


Perjalanan balik ke Bendang Man. Di sebelah kiri tu Highway dari Kupang ke Durian Burung dalam proses pembinaan


Dalam perjalanan balik singgah sebentar di Air Terjun Lata Mengkuang. Cantik dan bersih... Orang pun tak ramai di bahagian atas... Boleh kayuh sampai ke atas

Semenjak kayuh MTB ni badan masing2 berketul2 ( @ selambak ) terutamanya di bahagian perut... Tak payah pi gym...

Best ooo...



Konon2 macam hero Storm Rider la tu...

No comments: