Wednesday, March 18, 2009

KAYUHAN BENDANG MAN

TARIKH : 14 & 15 MAC 2009

LOKASI : BENDANG MAN, SIK, KEDAH DA

PESERTA : Pak Long, Pie, Lan, Rizal, Abg Khairi dan Kajai
( Bersama keluarga masing2 )


Setelah masing2 seronok dengan program bersama keluarga di Ulu Legong Hot Spring yang telah diatur pada cuti Tahun Baru Cina yang lepas, ada yang meminta di buat lagi program untuk cuti persekolahan ini di Bendang Man pulak. Jadi aku telah menghubungi pihak pengurusan Keda Resort Bendang Man dan menempah 11 buah chalet sejak sebulan setengah yang lalu. Akhirnya apabila tarikh tempahan tiba, hanya 6 keluarga sahaja yang boleh pi.... Yang lain ada masalah yang tidak dapat dielakkan.

Keda Resort, Bendang Man, Sik Kedah memang tempat yang sesuai untuk percutian keluarga. Chaletnya yang luas dan bersih dilengkapi dengan kemudahan air cond dan astro. Sungai hanya di depan bilik sahaja dan sesuai anak2 dan ibu2 mandi dan bermain air dengan selamat. Untuk bapak2 pulak... Ada tempat yang lebih best. Lebih kurang 600 meter dari chalet, Lata Mengkuang adalah satu kawasan air terjun yang sememangnya amat menarik...



Sungai hanya di depan chalet sahaja dan selamat

Kawasan yang bersih dan menarik

Tengah hari sabtu makan kenduri di Gulau dan malam pulak makan kenduri lagi di rumah orang tua Pak Long tak jauh dari Pekan Sik

Lepas makan balik ke chalet untuk program seterusnya... Apa lagi karaoke laa...



Masing2 " mensumbangkan " lagu dengan penuh perasaan.... Bendang Man ni kita punya... Melalak sampai pukul 4 pagi...

Oleh kerana melalak sampai pukul 4 pagi, dekat pukul 9 pagi baru nak kayuh... Tu pun DJ kena kejutkan...



Kayuhan pagi ni dari Bendang Man ke Gulau

Simpang dekat Tanjung Pari

Pie tak berapa power pagi ni kerana tak sempat minum kopi kaw lagi...





Singgah sat minum kopi dulu kat Kpg Tanjung Pari

Rizal


Perjalanan balik ke Bendang Man. Di sebelah kiri tu Highway dari Kupang ke Durian Burung dalam proses pembinaan


Dalam perjalanan balik singgah sebentar di Air Terjun Lata Mengkuang. Cantik dan bersih... Orang pun tak ramai di bahagian atas... Boleh kayuh sampai ke atas

Semenjak kayuh MTB ni badan masing2 berketul2 ( @ selambak ) terutamanya di bahagian perut... Tak payah pi gym...

Best ooo...



Konon2 macam hero Storm Rider la tu...

Monday, March 9, 2009

KULIM HI-TECH MTB EXPLORATION 2009

TARIKH : 8 MAC 2009
MASA : 7.30 am

PESERTA TEAM SERI SERDANG : Pak Long, Wan, Azizan, Kajai, Cikgu Shah, Pyan, Aliff Mi Ali, Mi KN, Lan dan Halim

Seramai 15 orang dari TSS telah mendaftar di jamboree kali ni tetapi hanya 10 orang yang dapat turut serta pada hari kayuhan sebenar. Secara peribadi inilah trek yang terbaik daripada jamboree2 yang pernah diadakan di kawasan utara. Keputusan bagi TSS kali ini, Azizan di tempat ke 4, Wan 20 lebih dan Pak Long 50 lebih. Aliff Mi Ali tempat ke-10 kategori junior. Lan, Kajai, Halim dan Dr Rizuan sampai ke garisan penamat lebih kurang jam 12.00 tengahari. Cikgu Shah jam 1.00 pm dan Mi KN dan Pyan selepas itu... Pyan ada masalah dengan basikal dia, putus rantai 2 kali.


Bertolak dari Tmn Seri Serdang jam 5.50 am. Berhenti solat di Masjid Kelang Lama..

Sampai di Kulim Hi Tech dan sibuk memasang basikal


Sudah bersedia untuk ke tempat permulaan



Di tempat permulaan



Climbing yang pertama... Jem teruk...

Bahagian yang paling best... Kalau bukan kerana Jamboree, mau lepak mandi sungai dulu...

Secara peribadi, inilah trek yang terbaik dalam banyak2 Jamboree...



Lama jugak aku perhatikan bike ni... Botol merah dgn paip tu menarik perhatian...


Letih punya pasai... Lena macam kucing sebelum lucky draw...

Pemenang kategori veteran... Wan Shahidan dari TRM Perlis

Kategori Junior

Tempat ke-2 Kategori Senior... Biker dari Environment Cycling Club, Melaka

Tempat pertama... Bidi... Memang dasat...

Raja Pecut... ECC, Melaka

Halim menang lucky draw... Helmet Sars..

Team Seri Serdang sedang frust... Tak menang kali ni... Azizan ( berdiri topi oren ) di Jitra tempat pertama, tapi di Kulim ni hanya tempat ke-4... Silap strategi... Wan ( baju putih ) tempat 20 lebih...



Sunday, March 1, 2009

MENEROKA 3 BUKIT

TARIKH : 1 MAC 2009
MASA : 7.45 - 11.15 PAGI
LOKASI : Tmn Seri Serdang > Bkt. Biru > Tmn Kempas > Tmn Semarak > Bukit Sapi > Tikam
Batu > Kepala Batas
JARAK : 45 KM
PESERTA : 5 orang ( Pak Long, Wan, Pian, Abg Khairi dan Kajai )


Pada minggu ini kami membuat kayuhan merangkumi 3 bukit iaitu Bukit Biru, Bukit Taman Kempas dan Bukit Sapi.

Bertemu dengan rakan2 dari Pinang Tunggal di Bukit Biru.

Di pertengahan jalan di Bukit Sapi

Permandangan dari atas Bukit Sapi

Banyak tolak daripada kayuh di Bukit Sapi


Logo Team Seri Serdang... Sticker moto...

Lagi cerita dan gambar boleh link :
http://tsspedaler.blogspot.com/