Sunday, February 8, 2009

MAI TUNTON BASIKAL DI BUKIT SEMARAK

TARIKH : 8 FEBRUARI 2009
MASA : 8 - 11.30 PAGI
DESTINASI : BKT SAPI IKUT TMN SEMARAK, SG PETANI
JARAK : 37 KM
PESERTA : 17 peserta : - 8 org dr Team Seri Serdang ( Aku, Pian, Abg Khairi, Dr Rizuan,
Mi Pg Port, Min, Adik Aliff dan Adik Naim )
- 3 org dari Team KBCC ( Shukri, Azam dan Din )
- 6 org dari Bertam Putera ( Rafi and The Gang )
- Jon - tiba2 muncul dr atas bukit

Untuk kayuhan pada pagi ini, ramai ahli Team Seri Serdang tak dapat ikut serta. Wan kerja shift malam, Rizal jugak kerja... Musim penyakit cikungunya n,i kena kerja lebih sikit. Mi KN dan Fadil APMM semalam beria-ia kata nak kayuh... Tunggu punya tunggu sampai pukul 8 tak muncul2, call pun tak jawab... Takkan pi sambut Thaipusam kot.. Orang kuat Seri Serdang Pak Long, Pie dan Lan turun ke Tuas... memancing... Tak pa lah... Harap2 dapat banyak ikan. Nanti boleh la kita makan gulai ikan tenggiri cicah dengan roti.

Kayuhan kali ini turut disertai oleh rakan2 dari Team KBCC dan Bertam Putera. Seronok jugak ramai2 noooo... Kami bertolak dari Seri Serdang jam 8 pagi dan bergabung dengan rakan2 lain di Permatang Tinggi B. Selepas kayuh ikut tarmac 18 km kami pun sampai di Taman Semarak. Naik Bukit Sapi kali ni kami ikut Semarak di mana laluannya memang mencabar. Boleh kayuh sikit2 saja. Selebihnya kena tolak. Basikal RM500 ka... RM 5000 ka...RM 10 000 ka.. semua tolak. Di sini faktor manusia memang memainkan peranan penting. Ini disebabkan oleh laluan yang terlampau curam dan diburukkan lagi dengan batu2 longgar di sepanjang laluan.

Tunggu peserta lain sampai

Awai2 lagi dah kena tolak.

Mi Pg Port ajak turun balik...

Moto pun menyakaq...


Masing2 kontrol penat...

Permandangan Taman Semarak dan Bandar Sg Petani



Rafi dari Bertam Golf

Merida aku pun tak boleh pi dah...

Jon ni kami jumpa masa atas bukit sorang2... Balik rumah Mentua dia di Sg Petani. Walau pun kaki ada besi tapi kayuhan mantain terutama downhill...


Bergambar beramai-ramai di puncak

No comments: