Saturday, February 7, 2009

JOM PI PANTAI MERDEKA

TARIKH : 7 FEBRUARI 2009
LALUAN : Tmn Seri Serdang > Pantai Merdeka > Tmn Seri Serdang ( 100% tarmac )
MASA : 8.00 - 11.00 pagi
JARAK : 57.92 KM
PESERTA : 8 orang ( Mi Ali @ Pit, Abg Khairi, Mi Pg Port, Pian, Mi KN, Kajai, Wan Tok Imam dan Adik Naim )

Pagi Sabtu biasanya ramai member Team Seri Serdang yang berkerja. Aku pun set dengan member yang free untuk kayuh ke Pantai Merdeka. Lama dah tak pi sana. Jadi pada pagi Sabtu, lebih kurang jam 8.00 pagi kami pun bertolak ke Pantai Merdeka mengikut laluan tepi Lebuhraya Utara Selatan ke Bumbung Lima dan terus melalui Permatang Bendahari ikut Jambatan Baru. Sampai di Pantai Merdeka jam 9.00 pagi. Laju jugak pagi ni. Wan tarik dengan kelajuan antara 27 -30 km/jam.

Selepas sesi bergambar, kami bertolak balik dan singgah di Pekan Kota Kuala Muda untuk minum pagi. Selesai minum terus balik dan sampai di Taman Seri Serdang jam 11.00 pagi.


Abg Khairi

Menghampiri Jambatan Permatang Bendahari


Zon mendaki... Semua lepas...



Tanjung Dawai di seberang sana


Dari kiri : Abg Khairi, Mi KN, Mi Ali @ Pit, Kajai, Mi Pg Port, Wan Tok Imam, Pian

Adik Naim baru first time kayuh... Boleh follow.. Kira OK la...

Mi Pg Port dengan basikal Vortec baru


Perjalanan balik

Cukup kot untuk pagi ni...

No comments: