Sunday, January 17, 2010

PROGRAM KAYUHAN UTK SIHAT DAN AMAL 2010

TARIKH : 16 JANUARI 2010

MASA : 7.30 PAGI

TEMPAT BERLEPAS : HADAPAN BANGUNAN UDA HOLDING, KEPALA BATAS

LALUAN : BANGUNAN UDA > PAYA KELADI TENGAH > MASJID PTG RAMBAI > PADANG PERUMAHAN TSUNAMI, KUALA MUDA > PANTAI MERDEKA > KEPALA BATAS

JARAK : 70 KM +

Program kayuhan ini merupakan aktiviti kayuhan pertama bagi TSS untuk tahun ini. Kayuhan kali ini dianjurkan oleh UDA Holding dengan kerjasama Kelab Basikal IPD SPU. Program ini telah menghimpunkan kelab-kelab basikal di sekitar Seberang Perai, Tikam Batu dan ada juga dari sebelah pulau, Kulim dan Sg Petani. Seramai hampir 230 orang telah terlibat dalam kayuhan ini. Seramai 20 orang dari Team Seri Serdang telah terlibat merangkumi ahli lama dan baru.

Kayuhan ini adalah bertujuan untuk amal di mana rombongan akan berhenti di surau dan masjid untuk memberi sumbangan wang. Selain dari itu ia juga telah menghimpunkan peminat-peminat basikal di sekitar Kepala Batas.



Di tempat permulaan, Bangunan UDA Holding, Kepala Batas


Bersama orang kampung, Mamat dari Gang Gerek Batu. Baru berkecimpung dengan MTB dan telah lulus lesen B full Gunung Jerai.

Abang Megat

Berhenti di Padang Perumahan Tsunami Kuala Muda. Terima kasih kepada penduduk di sini kerana sambutan dan juadah

Makanan berlambak-lambak... Terima kasih


Kalau berani kita tangkap sorang sebijik HD tu...

Nazri( ahli baru ) sedang beraksi

Rizal, Sahabat 2 dan nama apa tah...

Sahabat 2 sejak kayuh ni telah mengalami penyakit gatal... Penyakit lama, Alhamdullilah... semakin OK


Gambar ni Pon Hawk MTB tolong snap

Sebahagian Team Seri Serdang

Giant aku


Sebahagian dari motor marsyal... Huhhh... Meleleh air liuq...


Wednesday, December 9, 2009

PERLIS MOUNTAINBIKE JAMBOREE 2010




Title :
RIDE UP NORTH

Venue :
Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Ulu Pauh

Date :
14th March 2010

Time :
07:30 am (Flag Off)

Registration Fee :
RM50.00 – Late Entries RM60.00

Registration Form :
download

Goodies Collection Date and Place :
13th Mar 2010, 09:00 am – 09:00 pm at Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin.

Wednesday, November 25, 2009

KEDAI BASIKAL BARU DI KEPALA BATAS

TARIKH : 24 NOVEMBER 2009

MASA : 5.00 PETANG

Pada petang ni aku dan Abg Khairi bercadang membuat kayuhan biasa sambil singgah ke kedai basikal baru One Stop Cycle Shop di Bertam Putra. Kedai ini dibuka hasil usahasama Yus dan Rafid CrossOXT. Sejak dilancarkan pada 15 November lepas, ini lah kali pertama berkesempatan melawat kedai tersebut.

Rasa bangga juga kerana ada orang kita di kawasan Kepala Batas ni yang berjaya membuka kedai basikal yang boleh dikatakan agak lengkap untuk peminat2 basikal samada MTB, roadbike atau basikal untuk kegunaan harian. TAHNIAH Yus dan Rafid.


Frame Trek 8 series... mengancam...

Frame CUBE pun ada... Semakin mendapat sambutan

Sudah ada pembeli.... Parking kat kedai dulu

Aksesori dari berbagai jenama


Tayar dan helmet


Macam2 ada

Buat masa ini kebanyakkan MTB dari jenama Trek, Jamis, Raleigh, dan CUBE. Lepas ni dengar kata nak bawa masuk GIANT dan Santa Cruz pula. Roadbike juga akan ada tak lama lagi.
So mai la kita support usaha kawan2 kita ni... Kalau bukan kita sapa lagi...

Di Taman Seri Serdang pun sejak seminggu dua ni ada juga kedai gerek. Dengaq kata beroperasi mula jam 11 malam. Mekanik tak bertauliah punya la ramai dan separuh mahir. Ada masalah buleh la mai jenguk....

Kedai makan beroperasi jam 6.30 hingga 11.00 malam



Lepas tu jadi bengkel gerek






Monday, November 2, 2009

RIDE WITH CM OF PENANG 2009

TARIKH : 25 OKTOBER 2009

TEMPAT : ESPLANADE, PENANG

MASA : 7.30 PAGI


PESERTA TSS TERLIBAT : Kajai, Wan, Pak Long, Abg Khairi, Rizal, Cikgu Shah, Sahabat 2, Sahabat 3, Pyan, Padil APMM, Faisal IPD, Min, Ad dan Jan Kpg Paya