MASA : 5.00 PETANG
Pada petang ni aku dan Abg Khairi bercadang membuat kayuhan biasa sambil singgah ke kedai basikal baru One Stop Cycle Shop di Bertam Putra. Kedai ini dibuka hasil usahasama Yus dan Rafid CrossOXT. Sejak dilancarkan pada 15 November lepas, ini lah kali pertama berkesempatan melawat kedai tersebut.
Rasa bangga juga kerana ada orang kita di kawasan Kepala Batas ni yang berjaya membuka kedai basikal yang boleh dikatakan agak lengkap untuk peminat2 basikal samada MTB, roadbike atau basikal untuk kegunaan harian. TAHNIAH Yus dan Rafid.







Buat masa ini kebanyakkan MTB dari jenama Trek, Jamis, Raleigh, dan CUBE. Lepas ni dengar kata nak bawa masuk GIANT dan Santa Cruz pula. Roadbike juga akan ada tak lama lagi.
So mai la kita support usaha kawan2 kita ni... Kalau bukan kita sapa lagi...
Di Taman Seri Serdang pun sejak seminggu dua ni ada juga kedai gerek. Dengaq kata beroperasi mula jam 11 malam. Mekanik tak bertauliah punya la ramai dan separuh mahir. Ada masalah buleh la mai jenguk....