Masa : 745 pagi
Jarak : 43 km
Mengikut perancangan program kayuhan pada pagi ni akan meneroka 3 bukit versi KBCC. Bukit2 tersebut merangkumi Bukit Biru, Bukit Taman Kempas dan Bukit Sapi. Kayuhan ini disertai oleh rider dari Kulim Hi Tech, Gerek Gunung, KBCC dan juga Team Seri Serdang.
Kayuhan bermula hampir pukul 8.00 pagi terus menuju ke Pinang Tunggal, Kedah untuk mendaki bukit pertama iaitu Bukit Biru. Sampai di sana awan mendung tanda nak hujan lebat bila2 masa sahaja. Shukri KBCC mengarahkan semua rider singgah dulu di 7 eleven. Kami team Seri Serdang seramai 5 orang meneruskan kayuhan ke Bukit Biru. Apabila sampai pertengahan mendaki, hujan turun dengan lebatnya. Sampai di atas kami pun terus berpatah balik ke 7 eleven untuk menunggu hujan bersidang.
Setelah selesai minum dan hujan pun dah reda, kami pun meneruskan kayuhan ke Bukit Taman Kempas. Kayuhan ke Bukit Biru terpaksa dibatalkan memandangkan trek licin dan tak sesuai untuk kenderaan ringan. Setelah pusing seround Bukit Taman Kempas kami meneruskan kayuhan melalui Jirat Cina sebelum keluar ke jalan utama menuju ke Tikam Batu dan terus ke Kepala Batas.
Tempat berkumpul di belakang Dewan Milenium. Munir dok chong apa tu.
Berhenti di Jambatan Pinang Tunggal tunggu member yang lain sampai.
Berhenti di Jambatan Pinang Tunggal tunggu member yang lain sampai.
Shukri mengetuai kumpulan yang laju
No comments:
Post a Comment