Monday, May 18, 2009

KAYUHAN BERLESEN ~ GUNUNG JERAI

TARIKH : 17 MEI 2009
JARAK : 15 KM ( climbing )
KETINGGIAN : 1250 m


Ini merupakan pertama kali aku sampai ke Gunung Jerai. Selalunya dok nampak Gunung Jerai tersergam indah dari jauh. Bila Abg Ramly buat kayuhan ke Jerai sekali lagi sempena menyambut rakan2 dari Kroh dan Baling, aku pun tak mau lepas peluang untuk ikut bersama.

Rakan2 dari Team Seri Serdang yang ingin bersama2 mencuba mendaki gunung ini adalah Aku, Abg Khairi, Min, Ad, Pie, Pian dan Cikgu Shah. Ini merupakan kali pertama ke Jerai untuk semua ahli Team Seri Serdang. Mana la tahu kot2 dapat lesen B ka, D ka atau kalau nasib baik boleh dapat Lesen E. Akhirnya 4 orang peserta mendapat lesen E ( aku, Min, Ad dan Pian ), 2 dapat Lesen D dan sorang lagi missing in action.

Ribuan terima kasih di atas dorongan dan tunjuk ajar kepada Abang Ramly, Fuad, Abg Rani dan ahli RCT, Razif dan Geng Baling, Rider dari Kroh MTB dan rakan2 yang sama2 menyertai program ini.


































































Tuesday, May 12, 2009

HAJAT TAK KESAMPAIAN

Tarikh : 9 MEI 2009 ( Sabtu )

Masa : 745 pagi

Jarak : 43 km

Mengikut perancangan program kayuhan pada pagi ni akan meneroka 3 bukit versi KBCC. Bukit2 tersebut merangkumi Bukit Biru, Bukit Taman Kempas dan Bukit Sapi. Kayuhan ini disertai oleh rider dari Kulim Hi Tech, Gerek Gunung, KBCC dan juga Team Seri Serdang.

Kayuhan bermula hampir pukul 8.00 pagi terus menuju ke Pinang Tunggal, Kedah untuk mendaki bukit pertama iaitu Bukit Biru. Sampai di sana awan mendung tanda nak hujan lebat bila2 masa sahaja. Shukri KBCC mengarahkan semua rider singgah dulu di 7 eleven. Kami team Seri Serdang seramai 5 orang meneruskan kayuhan ke Bukit Biru. Apabila sampai pertengahan mendaki, hujan turun dengan lebatnya. Sampai di atas kami pun terus berpatah balik ke 7 eleven untuk menunggu hujan bersidang.

Setelah selesai minum dan hujan pun dah reda, kami pun meneruskan kayuhan ke Bukit Taman Kempas. Kayuhan ke Bukit Biru terpaksa dibatalkan memandangkan trek licin dan tak sesuai untuk kenderaan ringan. Setelah pusing seround Bukit Taman Kempas kami meneruskan kayuhan melalui Jirat Cina sebelum keluar ke jalan utama menuju ke Tikam Batu dan terus ke Kepala Batas.


Tempat berkumpul di belakang Dewan Milenium. Munir dok chong apa tu.
Berhenti di Jambatan Pinang Tunggal tunggu member yang lain sampai.

Shukri mengetuai kumpulan yang laju

Jumpa dengan Grup Seri Serdang ( Lama ), Pak Abu and the gang.

Berhenti minum di 7 eleven menanti hujan bersidang

Abg Mad Noor dari Gerek Gunung

Jirat cina Sg Pasir, Sg Petani

Boleh tahan jugak bukit dia

Shukri kbcc ketua rombongan

Shahrul dari KHT

Berhenti bergambar di Jambatan Merdeka... Tak lama lagi akan dibuka

Rider dari KHT
Cerita dan gambar selanjutnya boleh rujuk :

Wednesday, May 6, 2009

KAYUHAN 3 BUKIT VERSI KBCC


GIANT ANTHEM FULL SUS

Ada member dari Team Seri Serdang yang dah tukar gerek dari hardtail jadi full suspension. Dari Giant XTC Team jadi Giant Anthem. Ni yang buat member2 lain tak senang duduk. Ishhh... Nak sambaq sebijik lagi ka...






Nampak sempoi jugak

Nak ajak dia pi 3 bukit hujung minggu ni... Tunggu apa komen dia bila kayuh nanti...


Bike aku la ni