LOKASI : BENDANG MAN, SIK, KEDAH DA
PESERTA : Pak Long, Pie, Lan, Rizal, Abg Khairi dan Kajai
( Bersama keluarga masing2 )
Setelah masing2 seronok dengan program bersama keluarga di Ulu Legong Hot Spring yang telah diatur pada cuti Tahun Baru Cina yang lepas, ada yang meminta di buat lagi program untuk cuti persekolahan ini di Bendang Man pulak. Jadi aku telah menghubungi pihak pengurusan Keda Resort Bendang Man dan menempah 11 buah chalet sejak sebulan setengah yang lalu. Akhirnya apabila tarikh tempahan tiba, hanya 6 keluarga sahaja yang boleh pi.... Yang lain ada masalah yang tidak dapat dielakkan.
Keda Resort, Bendang Man, Sik Kedah memang tempat yang sesuai untuk percutian keluarga. Chaletnya yang luas dan bersih dilengkapi dengan kemudahan air cond dan astro. Sungai hanya di depan bilik sahaja dan sesuai anak2 dan ibu2 mandi dan bermain air dengan selamat. Untuk bapak2 pulak... Ada tempat yang lebih best. Lebih kurang 600 meter dari chalet, Lata Mengkuang adalah satu kawasan air terjun yang sememangnya amat menarik...

















