TARIKH : 19 JULAI 2009
Seramai 16 orang dari Team Seri Serdang mendaftar pada program kali ini. Kami bertolak ke sana pada 18 Julai dan bermalam di T Hotel, Cangloon. Sebelum check in hotel, singgah sebentar di Jitra untuk membeli barang basikal untuk Abg Khairi. Tukar tayar, pedal dan beli pam basikal. Mahal sungguh barang basikal la ni... Ada member yang terus ke UUM untuk mengambil goodies pada sebelah petang tetapi pihak urusetia langsung tak ada, hanya ada khemah kosong saja. Ada yang kata goodies boleh diambil sebelah malam dari jam 9 - 11 pm dan ada yang kena tunggu bulan depan baru dapat jersi.
T Hotel merupakan hotel baru, selesa dan harga berpatutan. Ramai juga geng basikal lain menginap di sini. Seawal 6.00 am kami telah bersiap untuk bertolak ke UUM kerana flag off jam 7.15 am. Keadaan di tempat flag off pagi tu agak kelam kabut. Sehingga jam 8.00 am masih belum start lagi. Ini berpunca dari stiker CP1 perlu dilekatkan di starting point. Awat tak habaq awai-awai. Ni dekat pukul lapan baru nak edarkan kepada semua peserta.
Untuk kayuhan kali ni aku ingat tak sampai separuh yang hadir daripada hampir 1000 yang mendaftar pada mulanya. Mungkin kerana ini merupakan perlumbaan dan untuk mereka yang kuat saja. Kami yang tak kuat ni macam biasa la... kayuh santai saja, janji habis.
Trek yang disediakan oleh penganjur boleh kira OK la. Tapi mungkin hujan dua tiga hari sebelum ni membuatkan ia agak teruk. Pada mulanya ingatkan jarak kayuhan 50 km lebih, tapi bila kayuh baru tahu hanya 39 km sahaja. Aku menamatkan kayuhan lebih kurang jam 11.30 am. Apa yang menyedihkan bila sampai ke tempat penamat, sapa pun tak sambut...huhuhu... Sampai hati depa... Kita yang tak berapa kuat ni langsung depa tak layan... Lain kali kalau tak dak cenderahati pun... Bagi la air minuman secawan ka... tanda meraikan peserta yang turut serta... Untuk makan tengahari mengapa perlu tunggu jam 12.00 baru nak sedia... Sapa sampai dulu dia makan la... Tak la sesak bila nak makan... Tentang menu, aku tak kisah... janji makan... Dah biasa makan lebih kurang di asrama selama 11 tahun masa belajar... tak pandai nak komplen.
Bagi pendapat aku, lain kali kali nak guna nama UUM untuk apa2 event, pastikan segalanya diuruskan dengan sempurna dan berjalan dengan lancar. Walau pun UUM hanya menyediakan tempat sahaja, pihak penganjur perlu menguruskan perjalanan event dengan teratur dan rapi. Jangan pandang mudah tentang perkara ni. Jangan bagi malu UUM yang merupakan sebuah universiti yang berteraskan pengurusan. Takut orang lain yang buat taik... nanti orang lain yang dapat nama..
Singgah kedai basikal di Jitra
Spinburn frame nano carbon... Group set XTR... Semua barang high end ... Gerek tokey ( Untuk dijual )
T-Hotel... T bukan stand for Thailand. Kat Changloon saja
Tempat parking ekslusif... Tak dak orang kacau
Window shopping
Makan pulut ayam... Sedappp..
Makan malam siap2 ... Tomyam..
Bergambar di tempat permulaan
Keadaan kelam kabut di tempat permulaan... Starting point di belakang... Rider ramai yang dah ke depan..
Pie kali ni di taja oleh Kona...
Laluan permulaan off road
Kena terjun ke dalam sungai... Ada yang tergolek dalam sungai...
Laluan becak akibat hakisan air hujan
Bukit yang perlu didaki
Tayar 2.1 jadi 3.1
Ladang kambing di kelilingi rumput napier.. Kambing boer, jamnapari, katjang semua ada
Azizan ( kiri sekali ) terjatuh di CP3... tak dapat menamatkan kayuhan... Wan no.52
Membersih basikal di Bengkel Kenderaan UUM... Terimakasih kepada Pak Menakan Ad