Monday, November 10, 2008

BM Mountain Cross 2008


Tarikh : 9 November 2008
Masa : 8.00 pagi
Jarak : 35 km - 22 Offroad, 13 tarmac

Untuk BM Mountain Cross kali ini seramai 15 orang dari Team Seri Serdang telah mendaftar untuk turut serta pada mulanya. Apabila hari kayuhan tiba, hanya separuh sahaja yang dapat turut serta. Masing2 dengan berbagai alasan dan kekangan yang membantutkan penyertaan. Aku pun tak dapat ikut serta kerana ada program bersama PIBG di sekolah yang terpaksa di uruskan.Nak buat macam mana.... Sebaik sahaja program tamat lebih kurang jam 10.00 pagi, aku pun bergegas ke Sungai Lembu untuk meraikan kawan2 yang ambil bahagian. Sambil-sambil tu jadi cameraman...
Dengar member2 cerita, kayuhan kali ni lebih teruk dari SP Jamboree... Tolak memanjang... Ramai yang tergolek kerana laluan sempit dan licin. Seorang member, Lan telah tercedera kerana terjatuh... Helmet yang dipakai pecah terhantuk batu... Alhamdulillah..Nasib baik pakai helmet... Kalau tidak... issshhh...


Tempat permulaan dan penamat

Bomba bantu mendinginkan riders yang terbakar


Tempat Pertama.... Zamzi Mohd... Sampai jam 10.30 am. Tempat pertama yang syoknya dapat 3 orang amoi... Dasat la lu Bro... Ambil masa 2 jam 30 minit saja..



Basikal Champion... Fastrex...


NTV 7 interview... " Apakah rahsia kejayaan anda "... " Training... Sekurang2nya 3/4 kali seminggu.." Tu la aku habaq kat hangpa Geng Seri Serdang, rahsia untuk berjaya bukan terletak pada ADK atau air tongkat ali tapi training...



Jafirdaus dari KT Cycletron tempat ke-2... Sampai hampir 30 minit selepas tempat pertama( 10.48 am )



Bike dia nampak ringan sikit no....


Basikal tak sempat siap... Batang fork sebelah lagi tak dan nak pasang.. :P



Tempat ke-3 sampai jam 10.52 am... RaviKumar...



Sebijik lagi Canondale...


Danny Khaw tempat Ke 4... 10.53 am


Ahmad Sofian ( Pian Pak Din ) tempat ke 5 ( 10.55 am )... Kalau tak silap masa SP Jamboree pun ke 5 jugak..


Puas hati dengan Fuji nya...

Fuji Bike... Dr kita bila nak tangkap Fuji pulak


Mohamad Saharan ke 6... 10.57 am




Dia pakai Tank




























Basikal Merida yang pertama sampai... Aku punya Team Mate











Mat Saleh dari Holland



Canondale Bike


Tempat Pertama untuk Team Seri Serdang... Wan sampai jam 12.24 pm




Cikgu Shah... Hehehhe...

Pak Long sampai jam 12.40 pm
















Monday, October 13, 2008

Jom Pi Bisik Ikan

TARIKH : 11 OKTOBER 2008 ( SABTU )
LOKASI : KUALA MUDA, SEBERANG PERAI
JARAK : 40 KM
PESERTA : 4 ORANG
MASA : 7.30 - 10.30 PAGI


Lama sungguh tak kayuh betul-betul sejak dari permulaan puasa lagi. Biasanya dok kayuh keliling taman perumahan saja. Kebetulan pada hari sabtu lepas, takdak program pada waktu pagi, aku pun set dengan berapa member yang free pada pagi tersebut untuk kayuh ambik balik stamina dan melonggar balik urat-urat di badan. Lokasi yang dipilih pada pagi ini adalah ke Kuala Muda, Penaga dengan jarak 40 km pergi balik.



Dari kiri : Hj Man, Dr Rizuan dan Abg Khairi





Basikal Merida berlatar belakangkan Jambatan Permatang Bendahari menyambungkan Kota Kuala Muda, Kedah.
Kuala Sungai Muda... Di sini kaedah bisik masih lagi menjadi cara jual beli ikan...
Permandangan Tanjung Bunga dan Batu Feringgi dari Kuala Muda








Jarak 40 km