TEMPAT BERLEPAS : HADAPAN BANGUNAN UDA HOLDING, KEPALA BATAS
LALUAN : BANGUNAN UDA > PAYA KELADI TENGAH > MASJID PTG RAMBAI > PADANG PERUMAHAN TSUNAMI, KUALA MUDA > PANTAI MERDEKA > KEPALA BATAS
JARAK : 70 KM +
Program kayuhan ini merupakan aktiviti kayuhan pertama bagi TSS untuk tahun ini. Kayuhan kali ini dianjurkan oleh UDA Holding dengan kerjasama Kelab Basikal IPD SPU. Program ini telah menghimpunkan kelab-kelab basikal di sekitar Seberang Perai, Tikam Batu dan ada juga dari sebelah pulau, Kulim dan Sg Petani. Seramai hampir 230 orang telah terlibat dalam kayuhan ini. Seramai 20 orang dari Team Seri Serdang telah terlibat merangkumi ahli lama dan baru.
Kayuhan ini adalah bertujuan untuk amal di mana rombongan akan berhenti di surau dan masjid untuk memberi sumbangan wang. Selain dari itu ia juga telah menghimpunkan peminat-peminat basikal di sekitar Kepala Batas.
Di tempat permulaan, Bangunan UDA Holding, Kepala Batas
Bersama orang kampung, Mamat dari Gang Gerek Batu. Baru berkecimpung dengan MTB dan telah lulus lesen B full Gunung Jerai.
Abang Megat
Berhenti di Padang Perumahan Tsunami Kuala Muda. Terima kasih kepada penduduk di sini kerana sambutan dan juadah
Makanan berlambak-lambak... Terima kasih
Kalau berani kita tangkap sorang sebijik HD tu...
Nazri( ahli baru ) sedang beraksi
Rizal, Sahabat 2 dan nama apa tah...
Sahabat 2 sejak kayuh ni telah mengalami penyakit gatal... Penyakit lama, Alhamdullilah... semakin OK
Gambar ni Pon Hawk MTB tolong snap
Sebahagian Team Seri Serdang
Giant aku
Sebahagian dari motor marsyal... Huhhh... Meleleh air liuq...