Tuesday, January 27, 2009

PROGRAM BERSAMA KELUARGA ULU LEGONG, BALING

TARIKH : 25 JANUARI - 26 JANUARI 2009

TEMPAT : ULU LEGONG HOT SPRING, BALING

PENYERTAAN : 10 KELUARGA TEAM SERI SERDANG ( Pie, Saudi, Abg Mie, Abg Khairi, Lan, Rizal, Pak Long, Halim dan Kajai )

Program ini dirancang pada mulanya untuk ke Pedu bersama keluarga pada cuti Tahun Baru Cina. Memandangkan tiada kekosongan chalet di sana, rancangan telah diubah untuk ke Bendang Man, Sik. Untuk Bendang Man, masalah yang sama juga di hadapi, tiada bilik kosong. Atas pertolongan rakan yang berasal dari Mukim Siong, Baling, beliau membantu menempah 10 buah bilik di Ulu Legong, Baling untuk Team Seri Serdang.

Program ini sebenarnya adalah untuk "ambil hati' isteri dan anak2 yang sering ditinggalkan setiap kali aktiviti Jamboree MTB diadakan. Aktiviti yang dirancang adalah termasuklah BBQ pada waktu malam, mandi di kolam air panas, mandi dan berkelah di lata berhampiran dan semestinya kayuhan melayan trek di sekitar Ulu Legong, Mukim Siong.

Sehari sebelum kami bertolak ke sana, Saudi telah terlebih dahulu balik ke kampung beliau untuk menanda trek yang akan kami lalui... Mengancam jugak trek yang yang hang sediakan. Macam Jamboree. Trek tersebut merangkumi kawasan perkampungan orang asli, kampung melayu, sawah padi, ladang getah, kelapa sawit dan kawasan hutan dengan kawasan berbukit yang mengancam jiwa dan raga... Nanti kami akan mai lagi... Syiok ooooo....

Aku, Lan, Abg Mi dan Pak Long bertolak ke sana pagi sabtu jam 10 pagi. Dalam perjalanan kami singgah sebentar di rumah orang tua Lan di Kuala Ketil. Di sini kami terserempak dengan Abg Ramly SP, Wan Shahidan, Wan German dan Yusof. Sempat bersembang sekejap. Mereka dalam perjalanan balik dari Baling ke Sungai Petani dalam hujan. Dengaq kata pi sarapan di Baling... Dasat sungguh hangpa nooo....



Bilik penginapan yang selesa... Basikal diletakkan di hadapan bilik... Depan tu basikal baru Pak Long, Trek 8 series dengan barang xt ( kecuali crank) dan fork Manitou R7. Belakang tu basikal aku... Merida TFS500D...


Petang hari sampai di sana... Aku, Abg Khairi, Lan dan Rizal layan trek di belakang tempat penginapan sementara Pie dan Pak Long pi tengok trek yang Saudi sediakan



Menarik juga trek di belakang tempat penginapan


Kena tolak... Bukan faktor manusia tapi faktor laluan yang tak berapa elok... : )





Lan dan Rizal
Di lata berhampiran... Air sejuk gilaa...

Renang berirama

Pagi keesokkan harinya.... Bersedia untuk melayan trek yang disediakan oleh Saudi




Kawasan sawah padi di lereng2 bukit





Kawasan ladang kelapa sawit





Pie dengan selamba kayuh menaiki bukit... Sampai kat cameraman terus berhenti...
Rizal sedang beraksi



Berehat sebentar... Kena daki jauh lagi... 2 km lagi sempadan Thai...


Pemandangan yang menarik di belakang
Nota : Terima kasih banyak2 kepada Saudara Saudi kerana banyak membantu menjayakan program ini. Sesetengah gambar seperti aktiviti BBQ tidak dapat disiarkan kerana kamera Sony aku ada masalah. Program akan datang, cuti sekolah nanti kita pi tempat lain pulak dengan aktiviti yang lebih menyeronokkan... OK...

Thursday, January 22, 2009

KAYUHAN MESRA JITRA 2009

TARIKH : 18 JANUARI 2009

MULA / TAMAT : Pekan Jitra, PJ1

JARAK : 50 KM


PESERTA TEAM SERI SERDANG : Aku, Pak Long, Wan, Azizan, Mi KN, Abg Khairi, Fadil APMM, Lan, Aliff Mi Ali, Cikgu Shah dan Pie.


Kayuhan Mesra Jitra merupakan aktiviti pembuka tirai bagi penggemar2 MTB di kawasan utara. Seramai 12 orang peserta dari Team Seri Serdang telah mengambil bahagian dalam kayuhan ini. Secara keseluruhannya trek yang disediakan untuk kayuhan kali ini amatlah memuaskan. Penganjur telah menyediakan hadiah wang tunai bagi peserta yang menamatkan 3 tempat teratas.




Masing2 bersemangat dengan tayar baru

Sibuk memasang basikal masing2


Kami bermalam di rumah emak saudara MiKN di Taman Mahsuri... Langsung tak boleh tidoq sampai ke pagi. Nyamuk beberau ( Kata Pie )

Di tempat permulaan / tamat

Peserta Team Seri Serdang, Dari Kiri : Pak Long, Cikgu Shah, Pie, Lan, Abg Khairi, MiKN, Fadil APMM dan Kajai
Tiada dalam gambar : Wan, Aliff Mi Ali dan Azizan

Bukit Pacak ini memang best
Tiada masalah setakat ni
Masalah sikit
CP2

Trek yang menarik, kawasan pembalakan

Trek yang terpaksa menolak
KEPUTUSAN KESELURUHAN :
1. Azizan - Team Seri Serdang
2. Bidi - PAWANA RIDERS
3. Wan Shahidan - TRM
Penghargaan kepada : Ramly SP dan Mat Kedah di atas sesetengah gambar di atas. Aku tak dan nak tangkap gambaq. Dok asyik kayuh saja.